Sunday, 16 March 2014

Cantum II

tamparan takdir menyedarkan
ditinggal termelutut dipinggiran jalan
tak kuat mahu kembali berdiri menyambung kehidupan
lalu si pujangga mampir menghulurkan tangan

walau dulu dirobek jiwanya
dicincang lumat jantungnya
dia tetap mahu aku-walau sudah separa mati
kehadirannya seakan meniup kembali ruh kegembiraan,
menerangi kembali jiwa yang berada dalam kegelapan
juga hati yang lumpuh; dia rawatkan

hati yang lunyai dipijak, berkecai dicampak
perlahan-lahan dia mencantumkan ia kembali
kepingan-kepingan, juga lopong-lopong
ditampalkan menjadi sebentuk hati yang sempurna;
seperti sediakala
malah lebih kuat dari yang sebelumnya