Sunday 6 October 2013

Al-Faatir (Pencipta)


35-36: Dan orang yang kafir, bagi mereka Neraka Jahanam.
Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati,
dan tidak diringankan daripada mereka azabnya.
Demikianlah Kami (Allah) membalas setiap orang yang kafir.

 35-37: Dan mereka berteriak di dalamnya,
"Rabbana (wahai Tuhan kami)! Keluarkanlah kami, nescaya kami akan mengerjakan amal yang soleh, berlainan dengan yang telah kami kerjakan (dahulu).”
(Dikatakan kepada mereka) "Bukankah Kami (Allah) telah memanjangkan umurmu untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (bukankah) telah datang kepadamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah! Dan tidak ada bagi orang yang zalim seorang penolong pun.