Saturday, 14 September 2013

Asal kamu tahu ya sayang.

Aku bisa rasa cinta yang benar ikhlas tatkala merenung iris coklat matanya,
Riak wajahnya dia, tatkala menatap aku, bisa ku rasakan kasih yang tak terbaca.
Tapi ya, sememangnya yang ku rasa itu benar bukan palsu semata.
Aku mahu dia terus senyum, biar senyuman tak lekang di bibirnya.
Aku mahu tawa riangnya sentiasa bergema di setiap ruang minda.
Aku mahu tika dia lagi kepenatan, bahu ku inilah tempat istirehatnya 
juga aku mahu tika dia lagi keresahan, diri aku sentiasa mendengar setiap ceritanya dia.

Asal kamu tahu ya sayang. 
aku tak pernah akan bisa jemu menatap wajah indah kamu, 
aku tak akan pernah jemu mendengar segala keluhan dan masalah kamu
tika dunia berlaku kejam pada diri mu sayang.
dan cinta aku ke kamu tak akan pernah habis.
Sentiasa terisi, 
dan tak akan dibiar kering kontang.