Dicampak segala ujian.
Dilempar bermacam dugaan.
Usah frustasi
Tak perlu tensi
Yakinlah.
Tuhan itu ada di sisi
Membantu tika susah
Membahagiakan hati yang gundah.
Semua akan baik-baik sahaja.
Kelak, kau akan lihat
Betapa kerdilnya ujian dan dugaan yang diberi
Kerna dengan adanya Tuhan Maha Agung
Semuanya serasa gampang sekali.
P/s: Gampang = Mudah.