Sunday, 28 July 2013

Sebelum kau bagi hati.

Cinta mengajar aku janji bisa dimungkiri
Cinta mengajar aku setia bisa dicurangi
Cinta mengajar aku tiada yang kekal
Melainkan cinta pada Tuhan
Cinta yang kekal abadi.

Sebelum kau bagi hati
Fikirkan, diakah yang akan selalu di sisi?
Menemani dikala bahagia dan sunyi?
Tatkala semua orang meragui
Dia kekal di samping mempercayai

Sebelum kau bagi hati
Fikir lagi, adakah kau gerangan manusia yang akan selalu dia cinta?
Meskipun banyak perempuan menanti
Meskipun banyak disturbansi
Adakah dia akan tetap setia?

Sebelum kau bagi hati.
Adakah kau yang kekal dia cinta?
Sampai mati?
hingga syurga hakiki?
Atau kau cuma akan dijadikan boneka
buat kepuasan nafsu serakahnya?

Sebelum kau bagi hati.
Kau pilih.
Mahu tipe lelaki yang bagaimana.
Mahu lelaki dari segi yang macam mana.

Setiap lelaki ada bedanya
Bukan semua keparat
Bukan semua perangai serupa bangsat

Masih ada lelaki itu
Yang akan tulus ikhlas mencintai
Khusus Tuhan ciptakan buat melengkapi
Hidupmu duniawi dan ukhrawi.

Dia ada, dia akan datang.