Rindu satu penyakit
Bila kau terjebak kau tak boleh patah balik
Rindu satu wabak
Bila kau terpengaruh kau tak boleh undur
Rindu itu sakit
Sakitnya seperti aku baling seketul batu
Terkena pada kepala kamu
Biar tahu rasa,
sakitnya serupa apa.
Rindu itu pelik
Walaupun kau di sebelah dia
Rindu tak pernah berkurang
Makin menebal.
Menguasai hati.
Rindu itu pedih
Bila kau merindui orang yang tak sepatutnya kau rindu
Bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi, sayang.
Susah nak bendung rindu
Rindu tidak punya punat 'off'
bila-bila sahaja kau boleh padam.
Bendunglah rindu dengan doa.
Mengadulah pada Azza Wa Jalla.
"Ya Rahman Ya Raheem, aku rindu dia.
Kuatkan hati aku, jauhkan hati kami dari perkara yang tak baik"